Zubil's Daughter
Entries Profile Friends Stuffies +Follow Dashboard

mutiara kata dan motivasi
Saturday, 2 June 2012 [3] Monster



:88: Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama

:88: Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. – Peribahasa Arab

:88: Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

:88: Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. – Richard Brinsley Sheridan

:88: Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya. – Voltaire

:88: Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

:88: Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang.

:88: Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

:88: Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. – Samuel Johnson

:88: Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

:88: Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji…

:88: Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

:88: Apabila engkau telah berazam, maka bertawakallah kepada Allah – Ali imran : 159

:88: Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

:88: Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.



OLDER POSTS NEWER POSTS